• Entri Terkini

    Sunday, April 24, 2016

    Terima Kasih PM, Akhirnya Hajat Adik Asyraaf Termakbul

    Siapa yang tidak tersentuh dengan luahan hati ibu kepada seorang kanak-kanak yang kini sedang menderita penyakit hati (allagile syndrome), Addi Asyraaf yang dikatakan hanya mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak walaupun beberapa minit demi memenuhi impian kanak-kanak berkenaan.

    Setelah seminggu menjadi viral di semua medium media sosial sejak hampir seminggu lalu, akhirnya hasrat adik Asyraaf ini termakbul, apabila Datuk Seri Mohd Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meluangkan masa mereka dalam kunjungan beliau kali ke 51, hari ini.

    Kunjungan Datuk Seri Mohd Najib dan isteri kerumah adik Asyraf ini nyata cukup menggembirakan adik Asyraf sekeluarga kerana hasrat dan impian anak kecil ini akhirnya didengari oleh Perdana Menteri.

    Berikut disertakan beberapa keping gambar saat pertemuan Adik Asyraaf bersama idolanya, Datuk Seri Mohd Najib dan isteri sebentar tadi.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terima Kasih PM, Akhirnya Hajat Adik Asyraaf Termakbul Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top