• Entri Terkini

    Sunday, April 10, 2016

    Tragedi Maut Dalam Kebakaran, Kasih Sayang Tanpa Sempadan YB Dato'Noriah Kasnon

    Merasai kesedihan sayu pilu kehilangan anak tersayang keluarga malang mendiang Chia Cheng Yong 16 tahun yang maut dalam kebakaran petang semalam YB Dato' Noriah Kasnon sekali lagi pagi ini menziarahi keluarga mangsa dan memberi penghormatan kepada mendiang.

    YB Dato' Noriah Kasnon turut menziarahi ibu mendiang yang jatuh sakit kerana tidak mampu menahan kehilangan anak yang tersayang.
     

    Meninggalkan ibu dan ayah serta 3 orang lagi adik beradiknya keluarga ini berasa amat kehilangan dengan pemergian mendiang Chia Cheng Yong seorang anak yang baik dan periang.

    YB Dato' Noriah ketika ditemui berkata beliau berharap setiap premis kedai dan warga Sungai Besar sentiasa waspada dan menjaga keselamatan dan berhati-hati dengan penggunaan barang barang elektrik dan bahan yang mudah terbakar agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

    YB Dato'Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa.
     

    YB Budiman Bin Zohdi ADUN Sungai Panjang yang kini berada di luar negara turut menyampaikan sumbangan melalui wakilnya En.Histam dan beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.



     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tragedi Maut Dalam Kebakaran, Kasih Sayang Tanpa Sempadan YB Dato'Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top