• Entri Terkini

    Monday, April 11, 2016

    YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Hulurkan 'Tudung Merah UMNO' Tanda Kasih Pada Pejuang

    Esak tangis warga emas yang terlantar uzur sakit tua menyentuh hati YB Dato'Noriah Kasnon mewarnai kunjungan ziarah kasih beliau bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Sungai Besar petang tadi.

    Nenek Salimah Bt Ismail 87 tahun merupakan ibu kepada Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan Pekan Simpang Lima Sungai Besar ketika mudanya adalah seorang pejuang wanita umno dan darah perjuangan itu diwarisi kepada anak dan cucunya kini.

    Terharu dengan kehadiran YB Dato'Noriah Kasnon warga emas itu melahirkan hasrat untuk memakai 'tudung merah' yang dipakai oleh ahli parlimen sungai besar itu, dan sebagai tanda mata kasihnya kepada rakyat YB Dato'Noriah Kasnon bertukar tudung dengan warga emas tersebut walau ia sudah uzur tapi semangat nenek tua ini terhadap perjuangan UMNO tidak pernah luntur sama sekali dan sempat membisikkan kata-kata "UMNO adalah yang terbaik sejak dahulu".

    Kunjungan Ziarah Kasih hari ini telah menemui lima orang warga sungai besar yang terdiri dari warga emas dan mereka yang sedang sakit.

    Semoga jalinan mesra diantara pemimpin dan rakyat ini dapat terus dijadikan agenda dalam 'Merakyatkan UMNO' agar sentiasa berada dihati rakyat.






    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Hulurkan 'Tudung Merah UMNO' Tanda Kasih Pada Pejuang Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top