• Entri Terkini

    Saturday, April 09, 2016

    YB Dato' Noriah Kasnon Bergegas Lawat Keluarga Mangsa Maut Kebakaran

    YB Dato' Noriah Kasnon bergegas ke tempat kebakaran sebuah kedai servis kereta di pekan Sungai Besar sebentar tadi.

    Menurut sumber, dalam kejadian tersebut seorang pekerja pusat servis kereta itu maut di tempat kejadian akibat lemas terhidu asap tebal terperangkap dalam api yang sedang marak dan tidak sempat untuk menyelamatkan dirinya manakala dua orang lagi rakan beliau berjaya keluar.

    Mangsa yang dikenali sebagai Chia Chang Yong telah dijumpai dalam keadaan baik dan sempurna sebaik sahaja api dapat dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat daerah sungai besar. 


    Mangsa berumur 16 tahun dan merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena Sungai Besar beliau bekerja sambilan di bengkel tersebut pada hari cuti am dan hujung minggu.

    Turut dibantu oleh pasukan bomba sukarelawan sungai besar dan JPAM bagi memadamkan kebakaran yang telah memusnahkan sebuah kedai dan anggaran kerugian lebih dari RM 100 ribu.


    YB Dato'Noriah Kasnon turut bertemu dengan ayah kepada mangsa kebakaran tesebut dan memberi kata-kata semangat agar tabah dan bersabar dengan kejadian yang berlaku serta pihak YB akan membantu menyalurkan apa-apa bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut.





    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: YB Dato' Noriah Kasnon Bergegas Lawat Keluarga Mangsa Maut Kebakaran Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top