• Entri Terkini

    Friday, May 06, 2016

    Anak-Anak YB Noriah Diterbangkan Khas Ke Kuching

    ANAK-ANAK Datuk Noriah Kasnon telah diterbangkan dari Lapangan Terbang TUDM Subang ke Kuching dengan menggunakan pesawat khas milik Polis DiRaja Malaysia.

    Dua orang anak Datuk Noriah iaitu Syafik dan Adam serta menantu, Farah Nadhirah akan bersama-sama pasukan penyelamat dalam usaha pengecaman dan sebagainya. Noriah Kasnon mempunyai empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

    Turut menemani mereka di Lapangan Terbang TUDM Subang adalah Datuk Noh Omar dan SUK YB Datuk Noriah iaitu Mhaimin.

    Helikopter yang dinaiki oleh Datuk Noriah berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini pada 4.12 petang semalam dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

    Datuk Noriah Kasnon, 52, yang memulakan kariernya sebagai seorang peguam, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentabiran kerajaan.

    Bermula sebagai setiausaha parlimen Kementerian Penerangan selama empat tahun sejak Mac 2004, Noriah, Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor dinaikkan jawatan kepada timbalan menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat di bawah Kabinet baharu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Pada April 2009, di bawah pentadbiran baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dilantik sebagai timbalan menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

    Pada 2012, beliau ditukarkan menjadi timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan setahun kemudian selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau dipindahkan ke Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi hingga sekarang.

    Lulusan bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1988, beliau aktif dalam UMNO sejak 1992 dan merupakan penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar sejak Pilihan Raya Umum 2004.

    Dalam arena politik pula, Noriah pernah menjadi setiausaha Wanita UMNO Selangor pada 1992 sebelum dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional Selangor selama empat tahun dari 2000.

    Pada 2005, beliau dilantik sebagi pengerusi Biro Penerangan Wanita UMNO Selangor dan menjadi anggota jawatankuasa Biro Wanita UMNO Malaysia.
    PRU14.tv





    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anak-Anak YB Noriah Diterbangkan Khas Ke Kuching Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top