• Entri Terkini

    Monday, May 30, 2016

    BN Tidak Pinggirkan Masyarakat India Di Sungai Besar - Budi

    BN tidak pernah mendiskrimasikan Masyarakat India di Parlimen Sungai Besar dan nasib kaum india terus dijadikan agenda utama dalam pembangunan sosio ekonomi negara melalui dasar perkongsian kuasa dan sosial kontrak yang menjadi teras kekuatan pemerintahan kerajaan BN selama ini.
     

    Budiman Zohdi calon Parlimen P.093 Sungai Besar hari ini beriltizam akan meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh allahyarham YB Dato' Noriah Kasnon yang sentiasa prihatin dengan nasib kaum india di parlimen Sungai Besar ini.


    Calon BN ini mengadakan pertemuan dengan jentera parti komponen BN, MIC dan juga masyarakat India di bilik gerakan MIC Sg Besar sewaktu majlis pelancaran jentera pilihanraya MIC.

    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BN Tidak Pinggirkan Masyarakat India Di Sungai Besar - Budi Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top