• Entri Terkini

    Sunday, May 15, 2016

    Calon Parlimen Sg Besar: Apa Kata Netizen

    Dari Facebook Mohd Muzamir
     

    Sebenarnya, saya tak berapa kenal dengan Tuan Muslimin Bin Yahaya.. Beliau yang add saya dalam fb dulu. Saya pulak jenis approve je. Sekali tengok profile, dalam hati terdetik "oh.. Orang BN.."

    Mula2 rasa nak remove friend je sebab tak kenal. Kita pulak mmg pembangkang negara sejak 1998. Tapi tak buat2 jugak sampai sekarang. Sejak dari tu, selalu la nampak dia post gambar2 dan status dalam fb. Apa yang mencuri tumpuan saya, orangnya humble dan suka berjenaka dalam fb. Tp standardla jenaka org2 veteran. Dan takde pun sekali dia burukkan parti lain (sepanjang yang saya lihat la). Selalu turun padang jumpa orang2 sg besar dan dilihat amat disenangi oleh orang ramai.

    Tapi sejak tragedi helikopter di Sarawak yang mengorbankan Arwah YB Dato Noriah Kasnon, tiada sudah post2 fb dari beliau. Mungkin terkesan dengan kejadian yang menimpa ahli parlimen Sg Besar tersebut. Dari FB beliau, saya dapat lihat beliau sangat rapat dengan arwah.

    Jika benar Tuan Muslimin Bin Yahaya akan dicalonkan sebagai calon BN di parlimen Sg Besar, kemungkinan besar akan terjadinya pertandingan yg sengit di sana. Itupun jika berlaku pertandingan 1 lawan 1. Tapi kalau pertandingan 3 penjuru, sudah terang lagi bersuluh, BN akan mengekalkan kerusi di sana.

    PAS dan PH perlu bekerja keras jika ingin menawan parlimen Sg Besar. Duduk berunding dengan baik dalam menentukan parti yang akan mewakili pembangkang. Sebabnya, anda akan berlawan dengan 'Mr Nice Guy' dari BN.


    Dari netizen Sg Besar:






    Malah ada juga yang berkempen supaya Ketua UMNO Bahagian Sg Besar, Datuk Jamal Yunus dicalonkan namun beliau telah beberapa kali menolak untuk dicalonkan seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal politik:

    Tetap tidak beralih dengan pendiriannya sebelum ini, Dato Jamal dalam ucapannya sekali lagi bertegas menolak untuk menjadi calon bagi PRK P093 Sg Besar.

    Malah beliau juga berharap semua pihak terutamanya wanita bahagian Sg Besar menerima dengan lapang dada dan memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh Presiden UMNO.

    Sokongan padu kepada calon untuk memastikan kemenangan calon BN dalam PRK ini lebih utama bagi meneruskan legasi allahyarham YB Dato Hjh Noriah Kasnon di sini.

    Datuk Seri Shahrizat pun turut membuat gesaan yang sama di dalam ucapannya di majlis tahlil yang dianjurkan oleh Wanita Sg Besar semalam.

    Beliau menyatakan Wanita Umno Malasia akan turun untuk memastikan kemenangan BN di dalam PRK P.093 Parlimen Sg Besar ini.

    Turut sama di majlis berkenaan ialah Tan Sri Annuar Musa yang turut sama membuat menegaskan betapa perlunya memperkukuhkan jentera pilihanraya Sg Besar.

    Di majlis tersebut, Datuk Jamal turut membuat kenyataan sinis bahawa beliau akan bertanding sekiranya ADUN DAP Sekinchan, Ng Sue Lim yang menjadi calon pembangkang.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Calon Parlimen Sg Besar: Apa Kata Netizen Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top