• Entri Terkini

    Monday, May 30, 2016

    Diskriminasi: MIC Cabar Wakil India Kerajaan Selangor Berdebat

    Seorang pemimpin MIC mencabar pemimpin Pakatan berketurunan India untuk berdebat mengenai isu diskriminasi masyarakat India oleh Kerajaan Selangor.

    Menurut T Mohan, Naib Presiden MIC berkata Pakatan mula 'tunjuk belang' dengan mendiskriminasi masyarakat India dengan sengaja terlepas pandangan daripada pembangunan negeri tersebut.

    "Terbaru, beberapa buah rumah dirobohkan oleh pejabat tanah atas arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali di Kampung Seri Aman, Ijok. Lebih, menyedihkan pemimpin-pemimpin berketurunan India Pakatan Rakyat enggan membuka mulut," katanya pada Selasa.

    "Lebih menyedihkan, ada pemimpin mempertahankan tindakan kejam tersebut dengan mendakwa penghuni kampung tersebut menerima 'habuan' yang sewajarnya."

    "Tetapi, persoalan apa terjadi dengan janji bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjanji akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya tersebut?" soal beliau.

    "Kita semua tahu, bahawa kerajaan negeri (BN) terdahulu telah meluluskan tanah lot untuk diberikan kepada penduduk sejak 2007. Dan semasa pentadbiran Khalid, beliau mengesahkan perkara tersebut. Tetapi, kenapa tiba-tiba kerajaan negeri di bawah Azmin mencadangkan membina rumah mampu milik. Ini satu tindakan jelas kerajaan negeri mendiskriminasi rakyat India di Selangor," tegasnya.

    Mohan turut berkata segala pemberian kerajaan negeri kepada rakyat India seperti pemberian tanah kepada kuil, sekolah dan geran tanah hanyalah cadangan-cadangan yang dirangka ketika pentadbiran BN.

    "Saya sedia berdebat dengan sesiapa saja dari Pakatan."

    "Isu Kampung Seri Aman hanya satu contoh. Apa terjadi dengan janji membina sekolah Tamil asrama penuh di Coalfield? Pusat Kebudayaan di Batu Caves?" tanya beliau lagi sambil menambah Pakatan Rakyat Selangor juga mencipta sejarah dalam perobohan tempat ibadat.

    Dalam satu perkembangan lain, Mohan berkata akan sedia mengambil tindakan mahkamah terhadap beberapa bekas pemimpin MIC yang cuba menjejaskan karier politik beliau.




    "Dakwaan terhadap saya tidak benar. Saya tidak membuat ugutan bunuh terhadap sesiapa lebih-lebih ketika isteri saya bersama saya di hospital," katanya.

    "Saya telahpun membuat satu laporan polis terhadap beliau dan akan membuat tindakan undang-undang terhadapnya," tambahnya.

    Untuk rekod, bekas Ketua Penerangan MIC L Sivasubramaniam membuat satu laporan polis pada 2 Mei, dengan mendakwa Mohan mengugutnya ketika beliau mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Diskriminasi: MIC Cabar Wakil India Kerajaan Selangor Berdebat Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top