• Entri Terkini

    Friday, May 13, 2016

    Jamal Bertegas Menolak Jadi Calon Parlimen Sg Besar

    Dato Jamal dalam ucapannya sekali lagi bertegas menolak untuk menjadi calon bagi PRK P093 Sg Besar dan berharap semua pihak terutamanya wanita bhgn Sg Besar menerima dengan lapang dada dan memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh Presiden UMNO.

    Sokongan padu kepada calon untuk memastikan kemenangan calon BN dalam PRK ini lebih utama bagi meneruskan legasi allahyarham YB Dato Hjh Noriah Kasnon di sini

    Datuk Seri Shahrizat pun turut membuat gesaan yang sama di dalam ucapannya di majlis tahlil yang dianjurkan oleh Wanita Sg Besar semalam.

    Beliau menyatakan Wanita Umno Malasia akan turun untuk memastikan kemenangan BN di dalam PRK P.093 Parlimen Sg Besar ini.

    Turut sama di majlis berkenaan ialah Tan Sri Annuar Musa yang turut sama membuat menegaskan betapa perlunya memperkukuhkan jentera pilihanraya Sg Besar.


    Di majlis tersebut, Datuk Jamal turut membuat kenyataan sinis bahawa beliau akan bertanding sekiranya ADUN DAP Sekinchan, Ng Sue Lim yang menjadi calon pembangkang.
     
    Sekitar majlis tahlil Wanita UMNO Bahagian Sg Besar:




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jamal Bertegas Menolak Jadi Calon Parlimen Sg Besar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top