• Entri Terkini

    Monday, May 09, 2016

    Janji-Janji YB Dato'Noriah Kasnon Akan Cuba Diselesaikan Oleh Setiausaha Sulit Kanannya

    Pemergian mengejut allahyarhamah Dato'Hjh Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sg Besar yang juga timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi Malaysia dalam tragedi nahas helikopter di Sebayau Sarawak meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada seluruh keluarga,sahabat handai dan warga sg besar.

    Kehilangan beliau amat dirasai terutamanya bagi warga kerja di pusat khidmat masyarakat parlimen Sungai Besar yang menjadi nadi penggerak setiap program dan aktiviti allahyarham sepanjang menjadi ahli parlimen sungai besar sejak tahun 2004 hingga kini.


    Bagai detik jam yang tiba-tiba terhenti ia amat sukar untuk dipercayai akan pergi sekelip mata.


    Namun begitu kami redha dengan takdir illahi yang lebih menyayangi beliau dan kami warga kerja pusat khidmat parlimen Sungai Besar akan menyelesaikan sebahagian dari janji-janji yang dibuat oleh allahyarhamah YB Dato' Noriah Kasnon sebelum pergi ke Sarawak tempohari.



    Tuan Muslimin Bin Yahaya Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri ketika dihubungi memberitahu akan cuba selesaikan sebahagian janji yb yang belum diselesaikan antaranya:-
    1. Program Ziarah Kasih
    2. Penyampaian cek permohonan yg sudah diluluskan.
    3..Penyampaian bantuan individu dan berkelompok yang telah diluluskan.
    4.Penyampaian baja,
    5. Penyampaian sejadah dan telekong kepada lebih 100 surau di parlimen Sg Besar.
    6. Penyampaian peralatan sukan untuk anak anak muda dan ia akan sampaikan di kawasan yang permohonannya telah diluluskan sebelum ini.
    7. Penyampaian P.A system utk kumpulan jalinan rakyat 30 pusat daerah mengundi di Parlimen Sungai Besar dan dijangkakan kerja-kerja ini dalam masa tiga minggu akan dapat diselesaikan.

    Beliau berharap semua pihak bersabar dan beri sedikit ruang untuk beliau mentuntaskan tanggungjawab dan amanah yang ditinggalkan oleh allahyarhamah YB Dato' Hjh Noriah Kasnon kepadanya dan beriltizam untuk meneruskan legasi 'Rakyat diHatiku' yang menjadi legasi perjuangan allahyarhamah.


    Semoga hasrat ini dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak timbul sebarang tohmahan dan fitnah dikemudian hari kerana ia hanyalah untuk menyelesaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kerana rakyat di Parlimen Sungai Besar amat dekat dan rapat dengan allahyarhamah Dato Noriah yang dikenali dengan sifat yang prihatin dan penyayang kepada setiap warga Sungai Besar tanpa mengira ideologi politik dan lapisan masyarakat disini.






    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Janji-Janji YB Dato'Noriah Kasnon Akan Cuba Diselesaikan Oleh Setiausaha Sulit Kanannya Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top