• Entri Terkini

    Monday, May 09, 2016

    PRK Sungai Besar: Nama Calon Berpotensi Akan Diserahkan Kepada Presiden Parti

    PUTRAJAYA 9 Mei - Ibu Pejabat UMNO sudah membuat persiapan awal
    mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

    Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Ibu Pejabat UMNO sudah membuat persiapan awal dengan melihat kepada senarai pengundi, kawasan, demografi, komposisi kaum dan calon berpotensi.

    "Kita sudah mulakan dikedua-dua kawasan dan maklumat akan diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijangka hujung bulan ini untuk dibincangkan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Dalam pada itu, beliau berkata, majlis sambutan ulang tahun UMNO ke-70 yang sepatutnya disambut pada Rabu ini ditunda keesokkan harinya iaitu Khamis.

    Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penundaan itu bagi memberi laluan kepada Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

    Katanya, sambutan akan diadakan dk Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) secara sederhana iaitu bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat untuk mengenang jasa pemimpin terdahulu dan pejuang-pejuang UMNO serta memperingati mangsa nahas helikopter.

    "Selain itu, Karnival Himpunan Hari UMNO yang dijadualkan pada 14 Mei di Dataran Merdeka turut dibatalkan.

    "Pembatalan ini termasuk acara sukan UMNO dan Larian Bendera UMNO yang sedang berlangsung di seluruh negara ketika ini," katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PRK Sungai Besar: Nama Calon Berpotensi Akan Diserahkan Kepada Presiden Parti Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top