• Entri Terkini

    Friday, May 20, 2016

    #PRKSgBesar: Senarai Nama Sudah Diserahkan

    YB Dato' Noriah Kasnon dalam kenangan, Al-Fatihah
    Barisan Nasional (BN) Selangor sudah menyerahkan senarai nama calon bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

    Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan membuat keputusan siapa yang layak bertanding di kerusi berkenaan.

    “Kita sudah serahkan nama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menentukan calon yang sesuai.

    “Sebelum senarai nama itu diserahkan, kajian serta penilaian dibuat membabitkan pelbagai agensi termasuk masyarakat dan kita hanya menunggu keputusannya,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Surau Imarah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Peringkat Selangor 2016 di sini, semalam.

    Bagaimanapun Noh enggan mengulas lanjut berapa ramai calon diserahkan serta kriteria calon dipilih.


    BacaCalon Parlimen Sg Besar: Apa Kata Netizen


    Sementara itu Noh yang juga Pengarah Pilihan Raya bagi PRK Sungai Besar berkata, BN sudah bersedia bertanding dalam PRK itu dan kini memperkukuh serta memperkemaskan jentera yang disusun sejak sekian lama.

    Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRK tidak lama lagi.

    Mengulas lanjut mengenai kemelut yang melanda Pakatan Rakyat (PR), beliau berkata, kekuatan BN bukan bergantung kepada kelemahan lawan sebaliknya apa yang dilakukan selama ini.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    1 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKSgBesar: Senarai Nama Sudah Diserahkan Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top