• Entri Terkini

    Sunday, May 01, 2016

    #PRNSarawak: Tambahan Feri SebuyauTriso Bermula Esok

    1 Mei, Betong- Penduduk di Parlimen Batang Lupar pastinya gembira dengan tambahan sebuah lagi feri yang akan beroperasi menghubungkan Sebuyau-Triso bermula esok.

    Perkara ini diumumkan oleh Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P201 Batang Lupar.

    Feri Sebuyau-Triso menghubungkan 3 kawasan dewan undangan negeri iaitu Sebuyau, Beting Maro dan Lingga.

    "Penduduk-penduduk yang menggunakan feri ini terpaksa menunggu sejam setengah jika terlepas feri kerana hanya sebuah feri yang beroperasi bagi dua hala dimana ia mengambil masa 40 minit bagi satu laluan. Perkara ini sememangnya menyukarkan pengguna tambahan lagi muatan bagi sebuah feri hanya terhad kepada sehingga 15 buah kereta", kata beliau semasa Majlis Kesyukuran, Hari Ibu dan Hari Pekerja Keluarga Mak Nek.

    Beliau telah mengutarakan isu ini kepada Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sarawak dan minggu lalu dimaklumkan bahawa sebuah lagi feri akan dihantar ke kawasan ini bagi kemudahan pengguna sekitar.

    Malah feri tersebut telah berada di kawasan hari ini yang dibawa terus dari Sibu dan akan memulakan operasinya esok.

    Penggunaan feri Sebuyau-Triso boleh memendekkan masa perjalanan dari 5 jam kepada 2 setengah jam bagi laluan Kuching-Beladin.

    Turut hadir meraikan Dayang Kamadiah bt Abg Ludin (Mak Nek) yang usianya mencecah 100 tahun ialah Datuk Sri Ahmad Jazlan b. Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah serta Haji Razaili b. Haji Gapor, calon BN DUN N29 Beting Maro.




     YBDS Rohani Abdul Karim meraikan Dayang Kamadiah bt Abg Ludin (Mak Nek) sempena Hari Ibu keluarga besar mereka di Kampung Semarang


     YBDS Rohani Abdul Karim bermesra dengan ahli keluarga Dayang Kamadiah

     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRNSarawak: Tambahan Feri SebuyauTriso Bermula Esok Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top