• Entri Terkini

    Thursday, June 02, 2016

    Khalid Ibrahim Bimbang Perkembangan Pentadbiran Azmin Ali

    Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan pentadbiran kerajaan negeri itu, yang mana beliau terajui selama enam tahun sehingga 2014.

    Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu mendakwa, sejak beliau meninggalkan jawatan tersebut, rakyat Selangor tidak merasai sebarang dasar atau program baru.

    Di sebalik itu, rakyat negeri itu terus dibelenggu konflik politik yang tidak berkesudahan di samping dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, tambahnya.

    Oleh itu, bekas pemimpin PKR itu menggesa penggantinya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali melakukan perkara yang betul.

    "Buatlah keputusan yang melindungi kepentingan dan kebajikan rakyat.

    "Semua mata sedang melihat kerjasama beliau dalam siasatan berhubung dakwaan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa," kata Khalid dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

    Beliau merujuk kepada laporan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan habuan wang dan perempuan ketika urusniaga dengan kerajaan negeri Selangor.

    Azmin menolak tuduhan itu dengan mendakwa ia adalah sebahagian kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan yang ditadbirnya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Khalid Ibrahim Bimbang Perkembangan Pentadbiran Azmin Ali Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top