• Entri Terkini

    Tuesday, June 14, 2016

    Muslimin Sangkal Dakwaan Boikot Kempen PRK Sg Besar

    Muslimin Yahaya meneruskan kerja-kerja kempen membantu calon BN dalam PRK Sg Besar dan meneruskan tanggungjawabnya sbg ajk bahagian yang dipilih oleh ahli akar umbi untuk terus mencurahkan bakti khidmatnya dalam UMNO.

    Beliau hari ini menolak dengan tegas dakwaan yang mengatakan beliau merajuk atau berkecil hati walau tidak terpilih sebagai calon dalam pilihanraya kecil parlimen kerusi Sg Besar ini dan menyifatkan sebagai ketentuan takdir yang menjadi lumrah dalam kehidupan orang politik.

    Baginya perjuangan untuk UMNO dan BN perlu diteruskan kerana itulah ikrar setiap ahli UMNO yang setia dan taat kepada parti dan pimpinan parti

    Malah Muslimin juga berharap pihak pihak yang cuba menjadi adu domba untuk melaga lagakan beliau dgn mana-mana pihak supaya menghentikan perbuatan yang tidak bermoral tersebut.

    Muslimin ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat di PDK Seri Setia dan perasmian pondok cendawan.
     
     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Muslimin Sangkal Dakwaan Boikot Kempen PRK Sg Besar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top