• Entri Terkini

    Friday, June 17, 2016

    Nasib Nelayan Yang Ditahan Di Indonesia, Ng Sue Lim Tidak Perihatin

    SEKINCHAN: Kejayaan membawa pulang dua orang nelayan yang sebelum ini ditahan di Tanjong Balai, Indonesia membuktikan ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim tidak bertanggungjawab keatas nasib rakyat kawasannya.

    Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata walaupun Sue Lim telah menjadi ADUN selama tiga penggal, tiada seorang nelayan sama ada Melayu atau Cina yang telah dibelanya.

    “Kita tahu ADUN ini sudah tiga penggal jadi wakil rakyat tiada satu tanggungjawab dia lakukan pada masyarakat baik Melayu atau Cina.

    “Yang dia buat hanya duduk (tinggal) di Klang, sebulan sekali dua turun kawasan. Jadi orang macam ini tidak perlu diberi sokongan.

    “Beliau (Sue Lim) saya anggap sebagai orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Jeti Nelayan Pantai Redang, hari ini.

    Katanya, pihak pembangkang tidak wajar menjadikan isu membawa pulang dua orang nelayan ini sebagai bahan politik kerana usaha pembebasan mereka telah diusahakan sejak Mac lagi.

    “Saya sudah maklumkan sejak 4 Mac usaha ini telah dilakukan dan kebetulan PRK berlaku pada bulan Jun.

    “Jadi tidak ada sebab pembangkang perlu mengaitkan ini adalah untuk PRK,” kata beliau lagi.

    Tepat pada jam enam petang, Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong telah dipertemukan kepada ahli keluarga masing-masing.

    Mereka telah mendapat surat pengampunan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

    “Ini adalah pengampunan istimewa kerana hubungan baik yang dimiliki kerajaan Malaysia dan Indonesia.

    “Tidak terhenti di situ, hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Jokowi telah membolehkan dua nelayan ini membawa bot pulang ke Malaysia,” katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nasib Nelayan Yang Ditahan Di Indonesia, Ng Sue Lim Tidak Perihatin Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top