• Entri Terkini

    Sunday, June 19, 2016

    Parlimen Sg Besar, Kuala Kangsar Kekal Milik BN

    BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar menerusi keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

    Keputusan disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah menunjukkan BN menang dengan penuh bergaya berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding majoriti diraih terdahulu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

    DI SUNGAI BESAR, calon BN, Budiman Mohd. Zohdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, mengekalkan kerusi P.093 itu dengan majoriti 9,191 undi apabila meraih jumlah sebanyak 16,800 undi.

    Beliau yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menewaskan ADUN Meru iaitu calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan.

    SPR membuat pengumuman itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Bernam di Sungai Besar sekitar 9.45 malam. Sebanyak 28 pusat mengundi dibuka sejak 8 pagi hingga 5 petang bagi proses pembuangan undi.

    PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon-calon tersebut. Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.

    Pada PRU ke-13 lepas, Allahyarham Noriah dari BN yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Perusahaan Komoditi menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti hanya 399 undi.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Parlimen Sg Besar, Kuala Kangsar Kekal Milik BN Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top