• Entri Terkini

    Saturday, June 11, 2016

    Sekitar Lawatan Douglas Uggah Embas Bertemu Anak-Anak Almarhumah YB Tan Sri Noriah Kasnon

    Pagi ini di bertempat di rumah almarhumah YB Tan Sri Noriah Kasnon di Sg Burung Tanjung Karang Selangor, wakil dari kerajaan negeri Sarawak, Douglas Uggah Embas datang berkunjung menjenguk bertanya khabar tentang anak-anak almarhumah.

    Kedatangan beliau di sambut oleh En Muslimin Yahya, SUSK kepada almarhumah YB Tan Sri Noriah serta beberapa orang sanak saudara
    almarhumah.


    YB Douglas Uggah Embas juga turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri Sarawak kepada anak-anak almarhumah.

    Almarhumah YB Tan Sri Noriah maut dalam kejadian helikopter terhempas semasa membantu berkempen calon Barisan Nasional di pilihanraya negeri Sarawak pada 5 Mei yang lalu. Turut terkorban ialah suaminya.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sekitar Lawatan Douglas Uggah Embas Bertemu Anak-Anak Almarhumah YB Tan Sri Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top