• Entri Terkini

    Saturday, July 23, 2016

    Tiada Kuasa Halang Konsert Selena Gomez - JAIS

    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan mengeluarkan arahan pembatalan konsert artis luar negara Selena Gomez yang akan berlangsung di negeri Selangor pada 25 Julai ini.


    JAIS dalam satu kenyataan berkata, sebarang pembatalan konsert Selena Gomez adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Sebagaimana masyarakat sedia maklum, ‘Konsert Selena Gomez’ bakal diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam. Ia di luar bidang kuasa JAIS,” kata kenyataan itu hari ini.

    JAIS turut memaklumkan tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada seluruh masjid dan surau di Selangor bagi mengadakan Solat Hajat memohon kepada Allah S.W.T agar ‘Konsert Selena Gomez’ dibatalkan.

    JAIS bagaimanapun mengesahkan menerima beberapa permohonan daripada masyarakat umum agar konsert tersebut dibatalkan dan permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada PBT.

    PAS sebelum ini mengemukakan bantahan ke atas kerajaan Selangor berhubung penganjuran konsert Selena Gomez tetapi bantahan itu dipersendakan Menteri Besar, Datuk Mohamed Azmin Ali.

    Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya menyindir PAS di hadapan pihak media dengan berkata:

    “Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?”

    Jawapan itu menyebabkan para wartawan terutama wakil media propembangkang tertawa besar.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Kuasa Halang Konsert Selena Gomez - JAIS Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top