• Entri Terkini

    Tuesday, September 20, 2016

    Fenomena Air Pasang Besar Melanda Persisiran Pantai Barat Selangor

    Usaha mengatasi masalah banjir yang melanda kawasan pesisir pantai Selangor berikutan fenomena air pasang besar memerlukan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata beliau mengetahui banjir berkenaan berlaku selepas beberapa ban di kawasan itu pecah menyebabkan air laut melimpah. Beliau berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengkaji usaha menambah baik ban yang dibina di pesisiran pantai Selangor bagi mengelakkan masalah sama berulang.

    "Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk lihat kaedah menambah baik ban ini dan kita harap kerajaan negeri akan beri kerjasama untuk kebajikan rakyat Selangor khususnya yang tinggal di persisiran pantai," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 Pertubuhan Peladang Negeri Selangor 2016, di sini, malam tadi. 
    Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Tan Sri Zainal Dahalan; Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Jakiran Jacomah dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim. 

    Noh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, berkata beberapa kawasan di lima daerah di negeri itu mengalami banjir kilat selepas negara mengalami fenomena air pasang besar. 

    Sehubungan itu, katanya, beliau sudah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Beberapa kawasan di pesisir pantai Selangor, dari Sabak Bernam hingga ke Sepang mengalami banjir kilat semalam selepas fenomena air pasang besar menyebabkan peningkatan paras air laut hingga 5.6 meter, melebihi had yang mampu ditahan ban yang dibina di kawasan terbabit. 

    Antara kawasan yang teruk terjejas ialah Kampung Tok Muda di Kapar; Kampung Sungai Serdang dan Pendamaran di Klang; Pantai Klanang di Banting; Pantai Remis dan Kampung Sungai Sembilang di Kuala Selangor selain beberapa kawasan di Sabak Bernam dan Tanjong Karang serta Sepang.

    Sementara itu, Budiman Zohdi Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga ADUN Kawasan Sungai Panjang dalam catatan di garis masa mukabukunya berkata

    "Saya akan memastikan kesejahteraan penduduk di pesisir pantai di Parlimen Sungai Besar sentiasa diberi keutamaan.

    dan beliau telah dihubungi oleh DS Wan Junaidi, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan dengan isu ini.

    YB Menteri juga telah mengarahkan Ketua Pengarah JPS untuk melaksanakan kajian terperinci dan mencadangkan tindakan pembaikan dengan kadar segera.

    Budiman juga merakamkan terima kasih atas keprihatinan YB Menteri dan kepada agensi-agensi yang terlibat seperti JPS Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor atas komitmen kerja mereka. dalam membantu mereka yang terlibat serta bekerjasama dengan beliau selaku wakil rakyat untuk membantu rakyat di kawasan parlimennya.









    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fenomena Air Pasang Besar Melanda Persisiran Pantai Barat Selangor Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top