• Entri Terkini

    Friday, September 09, 2016

    'Lesen Bank' Kepada Pemaju: Nurul Izzah Bantah Cadangan Noh Omar

    Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar meminta kerajaan membatalkan cadangan memberi lesen pemiutang kepada pemaju terpilih.

    Beliau mendakwa, tanggungan risiko kewangan akibat kadar faedah melampau yang diberikan kepada peminjam adalah berisiko tinggi.

    “Kadar faedah seakan riba yang ditetapkan dalam kadar 12 hingga 18 peratus adalah tidak rasional dan bakal menambah bebanan hutang peminjam dalam keadaan ekonomi sedia ada.

    “Perlu difahami bahawa golongan berpendapatan rendah akan terperangkap dalam kepompong kemiskinan sekiranya gagal melunaskan biaya pinjaman perumahan itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Media semalam melaporkan, pemaju perumahan yang layak boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli hartanah, khususnya syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh.

    Lesen berkenaan akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Lesen Bank' Kepada Pemaju: Nurul Izzah Bantah Cadangan Noh Omar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top