• Entri Terkini

    Friday, September 09, 2016

    Norashikin Abdul Rahman, Tengku Permaisuri Selangor

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik isteri baginda, Norashikin Abdul Rahman sebagai Tengku Permaisuri Selangor berkuat kuasa semalam.

    Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

    Beliau berkata baginda juga berkenaan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Norashikin yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.

    Sultan Sharafuddin setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada semalam telah berkenan mengurniakan darjah kebesaran itu kepada Tengku Permaisuri Selangor.

    Baginda telah diijab kabul dengan Tengku Permaisuri Norashikin oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos lepas di Masjid Istana DiRaja, Istana Alam Shah, Klang.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Norashikin Abdul Rahman, Tengku Permaisuri Selangor Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top