• Entri Terkini

    Thursday, September 01, 2016

    PRU14: Zahid Bayangkan Jamal Yunos Bakal Jadi Calon Parlimen Sg Besar

    SUNGAI BESAR 31 Ogos - Pemimpin UMNO perlu ambil peduli kaum bukan Mela­yu sekiranya mahu Barisan Nasional (BN) terus menjadi juara di hati rakyat dari aspek kebajikan dan keperluan, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

    Timbalan Perdana Menteri ber­kata, UMNO harus ingat yang kemenangan mereka dalam pilihan raya umum sebelum ini bukan semata-mata datang daripada orang Melayu sebaliknya turut dibantu oleh pengundi kaum lain.

    Menurutnya, sebagai tunjang ke­­pada kekuatan BN, UMNO perlu berlaku adil kepada kaum Cina dan India meskipun mengetahui ada dalam kalangan yang dibantu itu le­bih terarah menyokong pembangkang.

    “Sikap ini perlu dijadikan azimat bagi menterjemahkan keme­nangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti ke­ra­na sebagai tulang belakang ke­pada BN, UMNO mesti ambil pe­du­li kepentingan orang bukan Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwa­ki­lan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini, hari ini.

    Yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Da­tuk Jamal Md. Yunos; Ahli Par­limen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

    Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menambah, jika pemimpin parti dilihat sebagai ketua yang adil, rakyat akan lebih menghargai seterusnya terus menyokong BN.

    “Apa beza undi seorang Melayu dengan undi seorang Cina dan seorang India?

    “Justeru, saya minta wakil rak­yat, apabila dapat peruntukan, agih kepada golongan yang memerlukan tanpa membeza-bezakan kaum, baharulah kita dilihat sebagai pemimpin yg adil.

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan supaya Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi melepaskan satu jawatan yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata salah satu jawatan itu perlu diberikan kepada calon lain dalam PRU akan datang.

    Beliau secara berseloroh, berkata satu jawatan itu biasanya diberikan kepada Ketua Bahagian yang kini disandang Datuk Jamal Md Yunos.

    "Kepada YB (Yang Berhormat) Budiman ambil satu (jawatan) sahaja, mungkin beri kepada Jamal. Saya kenal Jamal ini, ramai yang cop dia anti bukan Melayu, tetapi sebenarnya beliau tidak begitu.

    "Beliau selalu tolong orang Cina dan kaum lain. Malah, beliau adalah individu yang paling bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membebaskan tiga orang nelayan Cina yang ditahan pihak berkuasa Indonesia," katanya.

    Namun begitu Dato Jamal Yunos pernah berkata semasa PRK Parlimen Sungai Besar beliau hanya mahu bertanding dalam pilihanraya jika calon dari parti lawannya adalah YB Ng Sue Lim ADUN DAP Sekinchan.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PRU14: Zahid Bayangkan Jamal Yunos Bakal Jadi Calon Parlimen Sg Besar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top