• Entri Terkini

    Monday, October 17, 2016

    Budiman, Mastura Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat

    Dua ahli Parlimen mengangkat sumpah hari ini sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

    Ahli Parlimen berkenaan adalah Budiman Mohd Zohdi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

    Turut mengangkat sumpah hari ini sebagai ahli Dewan ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

    Budiman dipilih sebagai Ahli Parlimen setelah Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang diadakan pada 18 Jun lalu.

    Manakala Datin Mastura yang mewakili BN turut memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya yang diadakan pada tarikh yang sama.

    Kekosongan kerusi P093 Sungai Besar dan P067 Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

    Kedua-dua ahli Parlimen itu terkorban selepas terbabit dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

    Pada Pilihan Raya Kecil itu, Budiman memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dan calon Pas, Dr Abdul Rani Osman dengan majoriti 9,191 undi.

    Manakala Mastura pula memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas mengalahkan calon Pas, Najihatussalehah Ahmad, calon PAN, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 6,969 undi.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Budiman, Mastura Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top