• Entri Terkini

    Friday, October 07, 2016

    Gambar Dalam Jamban Bukan Azmin Ali - SUPOL MB

    Pihak media disaran agar tidak lagi melayan atau memberi liputan kepada Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos apatah lagi apabila menyerang Datuk Seri Mohamed Azmin dengan gambar skandal dalam tandas yang didakwa melibatkan menteri besar itu.

    Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, ini kerana ia adalah gambar fitnah yang sering kali digunakan kepimpinan Umno apabila terdesak.

    "Bukankah itu gambar fitnah! Fitnah yang diulang tayang beberapa kali oleh Umno bila terdesak. Maka ia tak perlu dilayan.

    "Pihak akhbar tidak perlu lagi memberi publisiti kepada individu yang mempunyai perangai seperti itu," kata Shuhaimie kepada Malaysiakini.

    Shuhaimie berkata demikian mengulas posting terbaharu Jamal di laman Facebooknya dengan memanipulasi laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Timbalan Pemuda PKR, Afif Bahardin.

    Dalam laporan Malaysiakini hari ini, Afif mempersoalkan kualiti penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti pemimpin baju merah itu.

    “Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang,” kata Afif.

    Beliau merujuk kepada sidang akhbar Jamal semalam, yang diadakan di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam yang menyaksikannya mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf BERSIH ke dalam lubang tandas, semalam.

    Mengulas lanjut, Shuhaimie yang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Muda itu berkata tindakan mengadakan sidang media di dalam tandas tidak pernah dilakukan di mana-mana negara dunia.

    "Mana ada orang buat pc dalam tandas di dunia ini," soal Shuhaimie.

    Justeru, Shuhaimie menyifatkan perbuatan Jamal itu sebagai tidak melambangkan tatasusila orang Melayu yang penuh dengan adab sopan santun selain memaparkan sikap buruk yang ada dalam diri Jamal.

    "Perbuatannya tidak melambangkan tatasusila sebagai orang Melayu yang ada budaya kesopanan. Sebagai seorang yang beragama islam wajib menjaga maruah agama kita dan jangan mencemarkannya dengan cara sebegitu.

    "Tindakan beliau memaparkan sikap buruk yang ada dalam dirinya dan individu sebegini tidak boleh di percayai sama sekali," tegas Shuhaimie.



    *Gambar tersebut sedang viral di berbagai platform internet dan ianya mungkin dibuat oleh kumpulan tertentu yang ingin merosakkan nama UMNO BN

    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gambar Dalam Jamban Bukan Azmin Ali - SUPOL MB Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top