• Entri Terkini

    Sunday, October 02, 2016

    Gangguan Bekalan Air Kerana Seorang Kakitangan Air Selangor?

    Kerajaan Selangor dilihat cuba mengelirukan rakyat berhubung isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri ini dengan mengatakan ia adalah perbuatan sabotaj kakitangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

    Berikutan itu, beliau mempersoal kenyataan Air Selangor yang memaklumkan ia menggantung kerja seorang pekerjanya kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling 1 Sept lepas.

    Beliau berkata pekerja itu digantung kerja pada 6 Sept lepas tetapi pengumuman mengenainya hanya dibuat Air Selangor pada hujung bulan lepas.

    "Mengapa kenyataan perbuatan khianat air ini baru dikeluarkan sewaktu krisis air sedang berlaku. Kalau betul masalah bekalan air di Klang dan Petaling pada 1 Sept lalu adalah perbuatan sabotaj, kenapa lepas sebulan baru hendak cakap.

    "Adakah kenyataan ini dikeluarkan untuk mengalih perhatian berhubung isu gangguan bekalan air yang sering terjadi di negeri ini?" soal beliau pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Kenduri Rakyat Guru Aktif Pembina Negara Bangsa Negeri Selangor di sini, hari ini.

    Noh berkata kerajaan Selangor terus gagal menjelaskan isu utamanya iaitu punca pencemaran sungai yang sering berlaku sehingga menjejaskan bekalan air bersih dan rutin harian penduduk.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gangguan Bekalan Air Kerana Seorang Kakitangan Air Selangor? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top