• Entri Terkini

    Friday, October 21, 2016

    Jamal Hanya Perang Mulut - KPN

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Datuk Jamal Md Yunos yang mengisytiharkan perang terhadap Bersih 5.0 sebagai ‘perang mulut’.

    “Setakat kenyataan melancarkan perang, pada saya ia hanyalah ‘war of words’, jadi terpulang pada anda untuk menerimanya. Tetapi kalau ada laporan, kita akan melihat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2015/2016 di Maktab PDRM di sini, hari ini.

    Dalam pada itu, Khalid berkata sekiranya kedua-dua pihak iaitu penganjur Bersih 5.0 dan NGO diterajui Jamal ingin mengadakan perhimpunan pada bulan depan, mereka perlu memohon kebenaran berhimpun terlebih dahulu.

    “Mereka harus memohon permit berhimpun dahulu. Jika tidak mereka akan diambil tindakkan dan polis tidak akan memilih mana-mana pihak dalam mengambil tindakan,” katanya.

    Jamal yang ditahan pada Rabu lepas, dibebaskan dari Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan jaminan polis petang semalam.

    Sebaik dibebaskan Jamal berkata gerakan Baju Merah akan mengadakan perhimpunan besar-besaran menentang Bersih 5.0 yang dijangka diadakan pada November di Dataran Merdeka.

    Pada majlis itu, seramai 45 pegawai kanan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terdiri daripada 34 lelaki dan 11 wanita berjaya menamatkan kursus mereka selama tiga semester yang bermula Mac tahun lepas.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jamal Hanya Perang Mulut - KPN Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top