• Entri Terkini

    Tuesday, October 18, 2016

    Kisah Makcik OKU Terpaksa Berniaga Untuk Menyara Hidup Masih Gagal Menarik Minat MB Selangor

    Terbaru, seorang mak cik yang berusia dalam lingkungan 70 an terpaksa menjual gula-gula, kepopok dan jajan untuk menyara kehidupan. Kisah makcik ini telah diviralkan oleh netizen melalui akaun Facebook miliknya yang bernama Noryati Osnee.

    Menurut kad OKU yang dimilik oleh makcik tersebut, dia tinggal di Kampung Sungai Udang di Klang. Lebih menyedihkan adalah makcik tersebut mengalami masalah penglihatan namun dia masih sanggup berpanas dengan berniaga di tepi jalan demi menyara kehidupan.

    Inilah coretan Noryati Osnee di akaun Facebook miliknya:

    Wahai pengguna FB sekalian.. Inilah sepatutnya lebih utama untuk kamu semua viralkan!!! Pemilik media sosial yang terkenal tak nak viralkan ke bisnes makcik ni??? 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭….

    Semoga Allah swt permudahkan segala urusan makcik & murahkan rezeki makcik.. semoga Allah lindungi makcik dalam usaha mencari rezeki.. Aamiin….😭😭😭😭😭

    Makcik ni xjual nasi lemak..tapi dia jual gula2 keropok tuk sara hidupnya..ada ke orang yg datang beli siap beratur xde kan..hanya orang yang hati dia mulia xpilih kasi je datang membantu orang yg susah..makcik ni oku..klau jalan2 ke jumpa makcik ni ajak laa lepak makan sekali..xrugi pon klo 50 belanja makcik ni..sekali ko sedekah orang yg susah membantu dengan hati yg ikhlas..1000 kali Allah sedekahkan ko pintu rezeki..


    Pekara ini tidak sepatutnya berlaku jika pihak Kerajaan Negeri mengambil berat tentang masalah rakyat tanpa memilih kasih. Kisah makcik ini telah diviralkan oleh ramai netizen tetapi kelihatannya masih tiada lagi tindakan susulan yang dibuat oleh pihak berwajib. Sedangkan musibah yang menimpa Pemilik Nasi Lemak Anak Dara mendapat perhatian MB Selangor apabila diviralkan. Tidak mungkin setelah apa yang berlaku pada makcik ini masih tidak dapat menarik minat MB Selangor untuk turun padang dan membantu.

    Diharap, pihak berwajib dapat mengambil tidakan secepat mungkin tentang pekara ini. Kasihan kepada makcik ini yang telah uzur dan mempunyai masalah penglihatan tetapi masih perlu berniaga untuk menyara kehidupan. Tak kan nak tunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk baru pihak berwajib ingin mengambil serius pekara ini? Tepuk dada, tanya selera.







    -pru14.tv-
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kisah Makcik OKU Terpaksa Berniaga Untuk Menyara Hidup Masih Gagal Menarik Minat MB Selangor Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top