• Entri Terkini

    Thursday, October 06, 2016

    Loji Air Semenyih Ditutup : Azmin Tidak Perlu Main Politik

    Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa memberitahu perkara sebenar mengapakah Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup hingga mengakibatkan lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang, dan Kuala Langat ketiadaan air.

    Sejak syarikat milik Azmin, Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengambil alih pengurusan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bekalan air bukan bertambah cekap, malah sering berlaku gangguan-gangguan air di kawasan tertentu.

    Dua hari lepas, Azmin bergegas ke Sungai Lalang, Semenyih kerana mensyaki ada kilang yang beroperasi secara haram yang menyebabkan pencemaran di sungai berkenaan.

    “Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menyita premis dan semua peralatan. Saya juga telah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Hulu Langat untuk merampas tanah tersebut.

    “Bagaimanapun, saya kesal dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang gagal turun segera untuk mendapatkan sampel cemar semenjak malam tadi. JAS harus bertindak cepat dan tegas untuk membawa kes ini ke mahkamah,”kata Azmin yang tidak nama syarikat yang disyaki itu.

    MPKj dan PTD merupakan dua agensi di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor, manakala JAS pula di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

    Pemantauan operasi kilang haram pula di bawah tanggungjawab Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram.






    Pada 29 Sept lalu, ketika penduduk di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang, dan Kuala Langat mengalami masalah ketiadaan air, syarikat Azmin mengeluarkan kenyataan media bahawa pihaknya telah menggantung seorang pekerja Air Selangor kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air.

    Namun, kakitangan yang tidak dinamakan itu telah digantung pada 6 September, iaitu sebelum masalah air bermula di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang, dan Kuala Langat bermula pada 22 Sept.

    Taktik cuba mengelirukan dan memperdayakan pemikiran rakyat Selangor diselar oleh Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar.(lihat video di bawah).


    Pada Mac lalu, Azmin mengakui Selangor bakal menghadapi krisis air yang kritikal bagi tempoh tiga tahun akan datang iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 berikutan permintaan yang lebih tinggi, peningkatan penduduk dan kelewatan projek Loji Rawatan Air Langat2.

    Azmin berkata, kerajaan negeri terpaksa membina dua loji, iaitu Labohan Dagang dan Semenyih yang dijangka bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada 2017.

    “Langat2, yang dijadualkan siap pada 2017, dijangka ditangguhkan dan hanya siap pada tahun 2019. Oleh itu, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membina dua loji untuk memenuhi permintaan dalam tempoh kritikal ini selain projek Mitigasi 2 yang diserahkan hari ini. Mudah-mudahan, ini boleh membantu memenuhi permintaan, “katanya.


    AIDC
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Loji Air Semenyih Ditutup : Azmin Tidak Perlu Main Politik Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top