• Entri Terkini

    Monday, October 24, 2016

    Masalah Air Selangor: Azmin Sedang Nyanyi Lagu 'Bangau Oh Bangau'

    Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar mencabar Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali membuat laporan pada pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti berhubung dakwaan yang mengatakan BN mensabotaj Sungai Semenyih.

    Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu juga menyamakan pemerintahan Azmin kini umpama lagu "Bangau oh bangau" yang mencari kesalahan orang lain berhubung permasalahan di negeri berkenaan.

    "Kalau benar menteri besar ada bukti yang BN lakukan sabotaj di Sungai Semenyih, saya cabar menteri besar buat laporan polis atau pada pihak berkuasa. Kita nak tengok betul ke tak dakwaan sabotaj. Kata ada bukti, jadi apa tunggu lagi?

    "Saya lihat kerajaan negeri ini seperti lagu 'Bangau oh bangau'. Selagi kerajaan negeri amalkan seperti 'Bangau oh bangau' ertinya mereka akan mencari salah orang lain dan letak kesalahan orang lain," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

    Dalam laporan New Straits Time Online semalam, Azmin menyalahkan BN dengan mendakwa pencemaran di Sungai Semenyih disebabka sabotaj BN dan Umno.

    Anggota parlimen Gombak itu dilaporkan mendakwa turut mempunyai "bukti kukuh" berhubung dakwaannya itu.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masalah Air Selangor: Azmin Sedang Nyanyi Lagu 'Bangau Oh Bangau' Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top