• Entri Terkini

    Friday, November 25, 2016

    Dr Khir Beri Semangat Kepada Guru Sahut Cabaran UPSR Format Baru


    Dr Khir ketika merasmikan hari anugerah kecemerlangan di SK Bagan Terap pada 24/11/2016 mengatakan bahawa pendidikan merupakan asas kemajuan insan dan pembinaan ummah. Sedangkan ayat pertama yg diturunkan kepada Nabi sudah menekankan tentang ilmu oleh Allah.

    Dalam ucapannya beliau turut menyarankan agar ibu bapa untuk berdoa kepada anak-anak kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Begitu juga buat anak-anak agar berdoa untuk ibu bapa.


    Beliau menegaskan ibu bapa seharusnya menjadi 'role model' dan contoh kepada anak-anak dan jangan tunjukkan sifat yg agresif kepada anak-anak. Tetapkan jadual kepada anak-anak dan pastikan anak-anak patuh kepada jadual trsebut. Dunia pada hari ini cukup mencabar. Oleh itu anak-anak perlu berusaha bagi menentukan kejayaan dan kerjaya pada akan datang tambahnya lagi.

    Dr Khir turut memberi semangat agar pihak sekolah perlu menyahut cabaran bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi murid-murid di atas sebab sistem UPSR baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Serta kekalkan target yang lama agar guru-guru akan lebih bersemangat untuk mengajar.

    Di majlis ini Dr Khir mengumumkan sumbangan peribadi sebanyak RM2000 kepada Sekolah Kebangsaan Bagan Terap.

    Sehari sebelum program ini, Dr Khir turut juga dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan di SRA Parit 7 Ban 2 Sekinchan.




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dr Khir Beri Semangat Kepada Guru Sahut Cabaran UPSR Format Baru Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top