• Entri Terkini

    Monday, November 21, 2016

    Dr Khir Toyo Rasmikan Hari Anugerah Kualiti SK Parit 13

    Dr Khir Toyo hari ini turun padang lagi. Kali ini beliau ke program merasmikan hari anugerah kualiti di SK Parit 13 Sg Nibong.

    Dalam ucapan ringkas, beliau menyeru agar jangan perlekehkan keputusan UPSR pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini. Dengan menggunakan format baru dan tambahan satu lagi subjek menjadikan ianya 6 mata pelajaran.

    Tambah beliau, UPSR merupakan permulaan perjuangan kepada pelajar dan ibubapa.

    Dr Khir juga mengambil kesempatan berpesan kepada hadirin agar jangan sekali-kali mempersekutukan Allah, jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa, berbuat baik sesama manusia dan jangan sombong jika hendak berjaya.

    Doa ibu merupakan doa yg paling makbul dan diterima oleh Allah. menyeru agar anak-anak menghargai pengorbanan ibu bapa dan menghormati orang yang lebih tua tambah beliau lagi.

    Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar jangan membandingkan anak antara adik beradik dan orang lain. Jangan membahagikan kasih sayang kerana anak adalah anugerah dari Allah dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah.

    Dalam majlis ini Dr Khir mengumumkan sumbangan peribadi sebanyak rm2000.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dr Khir Toyo Rasmikan Hari Anugerah Kualiti SK Parit 13 Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top