• Entri Terkini

    Sunday, November 20, 2016

    Kembali Kepada Ajaran Islam Yang Sebenar - Dr Khir Toyo

    Dr.Khir Toyo mengajak umat islam kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan mentaati perintah Allah swt serta menghindarkan diri dari melakukan pekerjaan yang sia-sia tanpa arah tujuan. Beliau turut berpesan kurangkanlah berwhatsapp atau facebook dan lebihkan membaca quran serta lebih baik jika dapat difahami maksudnya
    Dalam ucapan perasmiannya di majlis menutup rasmi sukan di SRA KAFA Parit 13 Sungai Panjang kelmarin. Dr Khir juga turut menggesa supaya utamakanlah solat dengan melakukannya dengan sempurna disamping amalkan membaca al-Quran, malah turut memberi nasihat kepada anak-anak murid agar sentiasa menghormati guru-guru dan para ustaz dan ustazah yang tanpa keluh kesah untuk mencurahkan ilmu bagi mendidik manusia menjadi insan yang mulia dan berbudi pekerti.

    Dr Khir turut melahirkan rasa bimbangnya melihat situasi hari ini di zaman yang serba moden dan berteknologi tinggi kelihatan seolah-olah manusia menjadi semakin jahil tanpa rasa takut kepada Allah swt tetapi takut dengan lambang parti-parti politik.

    Dalam mendidik anak-anak para ibubapa boleh mulakan dengan mengajar surah al-Fatihah dan doa-doa yang baik agar kehidupan menjadi selalu tenang dan bahagia. Beliau juga menasihati kepada kaum Ibu jangan bandingkan anak-anak dengan perkara-perkara yang tidak baik kerana kata-kata juga seumpama doa ibu dan doa ibu itu makbul.

    Doakanlah anak-anak setiap hari dengan mendoakan kebaikkan untuk mereka agar menjadi insan yang cemerlang didunia dan akhirat.

    Untuk melakukan sesuatu perkara mestilah dilakukan dengan niat yang baik dan mesti diteruskan dan jangn berhenti untuk melakukan kebaikan jelas Dr Khir lagi.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kembali Kepada Ajaran Islam Yang Sebenar - Dr Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top