• Entri Terkini

    Sunday, November 06, 2016

    Khir Toyo Turun Padang

    Sekinchan Selangor - Hari ini Dr. Khir Toyo turun padang untuk merasmikan program sukan di Sekolah Seri Sekinchan.

    Dalam ucapan perasmiannya, Dr Khir Toyo melahirkan rasa bangga dengan semangat dan kesungguhan insan yang bergelar Cikgu yang begitu bersungguh dan komited mendidik ilmu kepada anak bangsa.

    Malah menurut Khir lagi, kejayaan anak-anak bukan sahaja diukur dari akedemik tapi juga dari sahsiah diri.

    Beliau turut melahirkan kebimbangan kerana kajian menunjukkan rakyat Malaysia kurang membaca.

    Dr Khir mengambil kesempatan berkongsi 'petua merawat jiwa' iaitu dengan membaca Al-Quran. Beliau mencadangkan agar setiap kali memulakan pdp dengan bacaan al fatihah. Malah turut menggalakkan agar pelajar sekurang-kurangnya membaca kalamullah tersebut sehari selembar Al Quran.

    Dr Khir juga menggesa agar ibubapa memastikan anak-anak sihat dan ada ruang untuk bersukan. Jangan terlalu memaksa anak-anak cemerlang dalam akademik hingga melupakan kesukaan kanak-kanak untuk bermain.

    Di majlis itu juga Dr Khir mengingatkan betapa kerjasama antara ibubapa, guru-guru dan komuniti penting untuk memacu kejayaan sekolah sesuai dengan dasar KPM mengalakkan ibubapa dan komuniti terlibat aktif di sekolah.





    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Khir Toyo Turun Padang Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top