• Entri Terkini

    Wednesday, November 16, 2016

    Kurangkan Bercakap Perkara Yang Kita Tidak Tahu - Dr Khir Toyo

    Hari ini Dr Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor meluangkan masa merasmikan Majlis Graduasi Program Pendidikan Khas Intergrasi Daerah Sabak Bernam bertempat di Dewan Sk Seri Makmur Sg besar.

    Antara sari ucapan beliau:-

    1. Allah menyempurnakan kehidupan dengan menyempurnakan semua golongan manusia.

    2. Anak-anak istimewa jangan dianggap sebagai bebanan tetapi sebagai peluang untuk berbakti kepada manusia.

    3. Jangan ucapkan kata-kata negatif kepada anak-anak istimewa, jangan bandingkan dengan adik beradik mereka yang sempurna dan jangan bandingkan dengan anak-anak orang lain.

    4. Wujudkan kesedaran dalam menuntut ilmu. Ibu bapa perlu mendahului dengan berdoa demi kesejahteraan hidup anak-anak khususnya anak-anak istimewa.

    5. Mulakan sesi pengajaran dengan umul kitab terumata ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik anak-anak agar ada keberkatan dalam kehidupan.

    6. Kurangkan bercakap perkara-perkara yang kita tidak tahu kerana impaknya akan kembali kepada kita. Jika kita buka aib orang kepada khalayak, orang juga akan buka aib kita kepada khalayak.

    Di majlis tersebut juga Dr Khir mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang ikhlas dalam menjaga dan mengajar anak-anak istimewa ini semoga mendapat ganjaran kebaikan di dunia dan ganjaran kebaikan di akhirat.




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kurangkan Bercakap Perkara Yang Kita Tidak Tahu - Dr Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top