• Entri Terkini

    Wednesday, November 23, 2016

    Pantau Anak Guna Gajet - Dr Khir Toyo

    Hari ini Dr Khir Toyo turun padang lagi. Kali ini beliau dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan di SK Sg Limau.

    Intisari ucapan beliau: 

    1. Bersyukur dengan ketentuan Allah, jangan terlalu bersedih dengan keputusan UPSR kerana bila diuji kesenangan tidak terlalu bangga dan bila diuji kesedihan tidak terlalu kecewa.

    2. Fenomena kekecewaan bukan sahaja di sekolah ini, melibatkan seluruh Malaysia. Daripada 440k calon upsr tahun ini hanya 4k sahaja yg dapat 6A.

    3. Perubahan dalam format UPSR dibuat maka berlaku kekangan dan kefahaman dikalangan ibubapa dan guru, perlu maklumkan format baru yg mudah difahami oleh ibu bapa

    4. Mengadakan kelas khas untuk anak-anak yg diusahakan dari kebersamaan ibu bapa dan sekolah kerana kejayaan yang paling manis adalah dengan kebersamaan.

    5. Cara mendidik anak-anak mengikut saluran alQuran

    I. Jangan sekutukan Allah

    II. Mesti berbuat baik kepada ibu bapa, jangan derhaka

    III. Jangan tinggal sembahyang

    IV. Berbuat baik sesama manusia, jangan berbuat mungkar

    V. Jangan sombong, jangan bongkak

    6. Doa yang paling makbul adalah doa ibu. Doa adalah perkara yg paling mudah dan tidak memerlukan bajet. Doa sebut nama semua anak.

    7. Jangan sesekali membanding-bandingkankan anak, kerana ia memberi kesan buruk kepada anak. Anak mempunyai rezeki masing-masing

    8. Pantau teknologi gajet yg disalahguna oleh anak. Masalah besar moral anak-anak melalui gajet.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pantau Anak Guna Gajet - Dr Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top