• Entri Terkini

    Tuesday, November 01, 2016

    Rakyat Selangor Lempar Baldi Ke Arah Bangunan SUK

    Demostrasi rakyat yang diketuai oleh Pemuda Umno hari ini melontarkan baldi ke arah pagar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam yang berkunci sebagai bantahan terhadap masalah air di negeri itu.

    Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 150 orang itu diketuai oleh exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang kemudiannya menggegarkan pintu pagar.

    Bekalan air di beberapa tempat di Lembah Klang disambung semula semalam selepas Loji Rawatan Air Semenyih dibuka semula.

    Kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR berkata loji rawatan itu terpaksa ditutup berikutan pencemaran yang dikesan bermula dari Sungai Buah di Negeri Sembilan.

    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Selangor Lempar Baldi Ke Arah Bangunan SUK Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top