• Entri Terkini

    Thursday, December 29, 2016

    Keamanan Bukan Mudah Dicipta - Zahid

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu seluruh rakyat mempertahankan semangat toleransi yang wujud di negara ini.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, jangan biarkan ada pihak di dalam mahupun di luar negara yang cuba mengganggu gugat toleransi yang sudah wujud ini. Beliau berkata, toleransi beragama adalah tonggak keharmonian dan ia dapat diwujudkan dengan semua rakyat menghormati dan memahami antara satu sama lain.

    "Keamanan bukan mudah dicipta dan keharmonian bukan satu yang mudah untuk dipertahan. Kita akan dapat rasa nikmat perpaduan dengan sesama kita memahami setiap kaum di Malaysia," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam perutusan khas pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2016, di pusat beli belah Pavilion, di sini, malam ini.

    Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa salah faham antara ajaran keagamaan boleh mencetuskan fahaman ekstrim dan tindakan radikal dalam seruan keagamaan atau dakwah masing-masing.

    Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kempen #SayangMalaysia diperkenal Kementerian Pelancongan untuk menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan ketika mereka berada di Malaysia.

    Melalui kempen #SayangMalaysia ini, rakyat serta pelancong luar negara boleh menyertai pertandingan foto kreatif dan video pendek di media sosial seperti di Instagram atau Facebook," katanya.

    Bagi permulaan kempen ini, tema MyCuisine dipilih bagi bulan Januari dan Februari 2017. Seterusnya, beberapa tema lain sempena kempen #SayangMalaysia seperti MyDestination, MyCulture, MySports, MyEvents danMyFamilyFun. Lebih 2,000 orang hadir memeriahkan majlis itu dengan pelbagai acara menarik dan ceria berkonsepkan 'fairy tales' menampilkan watak kegemaran kanak-kanak disajikan kepada pengunjung bermula jam 2 petang.

    Pengunjung yang membanjiri pentas utama di pusat beli belah itu turut terpesona dengan kemeriahan tema hiasan dalaman Pohon Krismas yang bertatah kristal Swarovski setinggi 23 meter.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keamanan Bukan Mudah Dicipta - Zahid Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top