• Entri Terkini

    Wednesday, January 25, 2017

    407 Mangsa Banjir Di Daerah Sabak Bernam Pagi Ini

    SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di daerah Sabak Bernam dekat sini meningkat kepada 407 orang setakat 8 pagi ini berbanding 246 malam tadi.

    Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata sejumlah 163 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Sri Bernam manakala 161 orang daripada 49 keluarga berada di Dewan Parit Baru.

    Dewan Sri Nakhoda yang dibuka 2 petang semalam, turut mencatat pertambahan jumlah mangsa sejak malam tadi dengan 83 orang daripada sembilan keluarga, katanya.

    Menurutnya, pertambahan jumlah mangsa di Dewan Sri Nakhoda itu turut melibatkan perpindahan 48 pelajar dan dua warden Sekolah Agama Menengah Parit Baru.

    Antara lokasi yang dinaiki air di daerah itu ialah Jalan Parit Cabang, Kampung Nelayan Sungai Besar, Sungai Nipah, Jalan Pantai Sekendi, Sekolah Menengah Parit Baru dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 407 Mangsa Banjir Di Daerah Sabak Bernam Pagi Ini Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top