• Entri Terkini

    Wednesday, January 18, 2017

    5 Hari Tanpa Air, Azmin Ali Mampu Tidur Lena

    Gangguan bekalan air yang berlaku sejak lima hari lepas menjejas kira-kira 10,000 penduduk di Pandan Perdana, Ampang dekat sini.

    Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana Lim Ah Chai melahirkan rasa kesal berikutan tiada sebarang notis daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berhubung masalah tersebut sehingga menyebabkan penduduk tidak bersedia untuk menyimpan air.

    “Hari ini sudahpun masuk hari kelima, hal ini menyusahkan rakyat sehingga menyebabkan rutin harian penduduk dan premis perniagaan tergendala. Kami harap hal ini segera diatasi oleh pihak berkaitan.

    “Yang menghairankan pada Ahad dan Isnin kenapa lori tangki Syabas dihantar pada jam 11.30 malam? Waktu itu orang sudah letih dan mahu tidur.

    “Sepatutnya hantar pada pukul 6 atau 7 petang, selepas orang pulang dari kerja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Lim berkata, beliau cuba menghubungi pihak Syabas beberapa kali bagi mengetahui punca ketiadaan air dan statusnya, namun ia menghampakan.

    Pihak wartawan sempat mendengar perbualan Lim secara langsung dengan jurucakap Syabas menerusi pembesar suara.

    Jurucakap itu memaklumkan gangguan bekalan air itu berpunca daripada projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar-Hubungan Timur (EKVE) yang menghubungkan Bandar Sungai Long dan Ukay Perdana.

    Bagaimanapun, pihak Syabas tidak memberi jawapan bila bekalan air akan kembali pulih.

    “Syabas menyediakan Pusat Khidmat Setempat di Jalan Perdana 10/6, Taman Pandan Perdana dan beroperasi 24 jam bagi membantu penduduk mendapatkan bantuan bekalan air,” kata jurucakap Syabas.

    Sementara itu, seorang penduduk di Pandan Perdana, A. Letchumah, 60, yang sudah 25 tahun tinggal di kawasan tersebut berkata ketiadaan air itu menyebabkan beliau terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membeli air mineral untuk keluarganya.

    Turut terjejas peniaga kedai salun di sini, Vincent Lee, 35, yang menyatakan kehilangan lebih 40 peratus keuntungan perniagaannya berikutan kekurangan pelanggan.

    Di mana Azmin Ali? Kalau dulunya suka turun bersihkan parit dan tolong basuh baju. Wayang!
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 5 Hari Tanpa Air, Azmin Ali Mampu Tidur Lena Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top