• Entri Terkini

    Thursday, January 19, 2017

    Bag Plastik 20 Sen Untuk Tutup Isu Sampah, Kilang Haram dan Pencemaran Sungai

    Memang benar, apalah sangat dengan nilai 20 sen dikenakan keatas setiap helai penggunaan beg plastik di pasar raya yang telah dikuatkuasakan pembayarannya oleh kerajaan Selangor jika rakyat mahu menggunakannya.

    Nilai 20 sen tu jika dilihat pada sehelai sememangnya tidak mendatangkan kudis, tetapi disebalik nilai sehelai beg plastik itu lah seakan kerajaan Selangor telah membuka ruang agar rakyat terus memberikan keuntungan terhadap pengiliang beg plastik.

    Ini merupakan satu perangkap yang dipasang oleh kerajaan Selangor atas nama “Go Green” yang mana selama ini kita tidak pernah melihat tindakan drastik kerajaan Selangor terhadap kewujudan kilang haram dipinggir sungai yang mana mencemarkan kualiti air sungai .

    Krisis pencemaran sungai adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dikatakan “go Green” oleh kerajaan Selangor. Penutupan loji air yang mana telah dikatakan berlakunya pencemaran disebabkan pembuangan sisa kilang oleh kilang haram yang beropersi dipinggir sungai.

    Adalah difahamkan terdapat berpuluh kilang haram telah dibangunkan dan ianya tidak menepati saranan “Go Green” yang dilaungkan oleh kerajaan Selangor dalam mengenakan caj 20 sen terhadap rakyat yang menggunakan bag plastic.

    Jadi apakah yang tersirat disebalik saranan mengenakan bayaran 20 sen kepada rakyat yang ingin menggunakan beg plastik di pasaraya dan mana-mana premis perniagaan. Sudah pastinya ianya memberikan pulangan yang baik kepada pengeluaran pengilangan yang berasaskan keuntungan.

    Untuk menguatkan lagi , satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin DAP Elizabeth Wong yang mengatakan bahawa nilai 20sen yang dikenakan itu hanya harga yang minimum dan menyarankan agar setiap bag palstik yang dijual boleh dinaikkan oleh peniaga.

    Menyentuh tentang kenaikan harga beg plastik tersebut sebagaimana disarankan oleh pemimpin DAP ianya terus merujuk kepada penetapan harga mengikut harga runcit dipasaran.

    Jadi dimanakah saranan “Go Green” yang dilaungkan oleh Azmin Ali sedangakan kenyataan pemimpin DAP ini sekali gus telah menjurus kepada penjualan mengikut harga runcit dipasaran. Penipuan atas nama alam sekitar oleh Azmin ini sekali gus telah melakukan satu bentuk penindasan kepada rakyat untuk memastikan kadar keuntungan pengilang akan bertambah.

    Sementara itu kita boleh melihat kebelakang kembali bagaimana kenaikan cukai yang beratus peratus yang telah dikenakan oleh kerajaan Selangor sudah cukup membebankan rakyat. Kini kerajaan Selangor menambah satu lagi bebanan pembayaran walaupun hanya bernilai 20 sen.

    Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa langkah kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang digunakan orang ramai sesuatu yang baik untuk rakyat Selangor. Sememangnya betul jika tidakan tersebut relevan.

    Masalahnya ialah ianya telah bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh pemimpin DAP iaitu mahukan penjualan beg plastik dibuat setara dengan harga runcit.

    Kebodohan apakah yang ditunjukkan oleh Pemimpin Pemuda PAN, Asim Abdullah Ainullotfi dengan mengatakan bahawa langkah tersebut baik untuk persekitaran mereka. Sedangkan pada masa yang sama kita melihat tahap pencemaran yang telah berlaku dan tidak diambil peduli oleh kerajaan Selangor amat kritikal terutama dalam isu sampah dan pencemaran sungai.

    Pemimpin Pemuda PAN, Asim Abdullah Ainullotfi ternyata telah berbohong tentang isu yang sebenarnya tanpa melihat tahap kemerosotan kebersihan dan persekitaran didalam negeri Selangor sendiri.

    “Inisiatif kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik adalah satu usaha yang baik bagi mengurangkan penggunaan beg plastik oleh rakyat,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang hari ini.

    Inisiatif zalim kerajaan Selangor yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik menambah bebanan ekonomi rakyat yang mana selama ini telah dibebani dengan pelbagai isu percukaian.

    Justeru itu rakyat melihat bahawa kerajaan PKR yang dipimpin oleh Azmin tidak pernah ada satu Inisiatif yang terbaik untuk tidak membebankan rakyat dan segala tindak tanduk pentadbirannya hanya berlandaskan saranan yang dibuat oleh DAP.

    Sesungguhnya PKR hanya sebuah parti untuk memperkayakan pengilang plastik dan membuka ruang kepada DAP tanpa perlu memikirkan kebajikan rakyat. Bagi PKR DAP adalah segalanya untuk mengekalkan kuasa.



    – PRU14.tv
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bag Plastik 20 Sen Untuk Tutup Isu Sampah, Kilang Haram dan Pencemaran Sungai Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top