• Entri Terkini

    Sunday, January 22, 2017

    Beg Plastik 20 Sen: Azmin Menipu Rakyat?

    Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau sebaliknya.

    Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen itu.

    "Sebarang maklum balas yang kita terima dalam isu ini kita akan teliti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Konvokesyen Pengajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

    Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati pengguna yang terpaksa menanggung caj tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik semasa membeli barangan.

    Caj 20 sen setiap beg plastik itu berkuat kuasa 1 Januari lepas menerusi "Kempen Selangor Bebas Plastik".

    Bagaimanapun, usaha yang kononnya bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran bersih itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang tidak bersetuju terhadap caj berkenaan. Hingga kini, tidak ada satu mekanisma yang mampu ditunjukkan oleh kerajaan Selangor tentang bagaimana "aliran agihan 20 sen" tersebut.

    Kalau cukai GST lengkap dengan sistem atau aplikasinya. Caj 20 sen ini hanya menguntungkan peniaga sahaja setakat ini. Dan yang paling menghairankan, kalau ianya berkenaan program mesra alam, bagaimana dengan botol minuman dan bekas plastik yang lain?

    Bayangkan Azmin mula letakkan 'kesalahan' kepada undang-undang pula. Kononnya tiada peraturan khusus untuk menghentikan caj ini. Azmin boleh buktikan ada peraturan khusus untuk susahkan pengguna dengan memberi kebenaran peniaga mengenakan caj gila ini kepada rakyat Selangor?
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Beg Plastik 20 Sen: Azmin Menipu Rakyat? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top