• Entri Terkini

    Tuesday, January 17, 2017

    Beg Plastik: Elizabeth Wong Jadi Kambing Hitam Azmin?

    Seperti biasa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah mahu lepas tangan berhubung larangan penggunaan beg plastik dan polisterin yang sedang membebankan hidup rakyat Selangor waktu ini.

    Beliau turut dilihat seolah-olah mahu menjadikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong sebagai kambing hitam apabila ditanya pemberita tentang itu berkenaan.

    Ia ekoran jawapan beliau bahawa Elizabeth Wong yang sepatutnya memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu yang memaklumkan larangan itu mendapat reaksi positif rakyat Selangor sebelum ini.

    “Saya dah minta Exco beri penjelasan kerana sambutan yang dilaporkan beliau amat positif fi kalangan pengguna,” katanya kepada petugas media di Shah Alam, Selangor seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang hari ini.

    Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bermula 1 Januari lalu melarang penggunaan beg plastik dan polisterin di negeri itu kononnya bagi menjaga alam sekitar.

    Ironinya, rakyat Selangor bagaimanapun masih dibenarkan menggunakan bes plastik tetapi perlu membayar 20 sen bagi setiap beg yang mahu digunakan mereka ketika membeli barangan keperluan.

    Azmin dalam pada itu memberi jawapan yang mengelirukan berhubung siapa yang akan mendapat duit 20 sen bagi setiap beg plastik yang perlu dibayar rakyat Selangor itu.

    Beliau mendakwa wang tersebut tidak masuk ke kantung kerajaan PKR Selangor sebaliknya diambil oleh kedai-kedai tetapi pada masa memaklumkan wang terkumpul daripada penjualan beg plastik berkenaan sepatutnya digunakan bagi kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar.

    “Namun kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengaudit peniaga terbabit,” katanya. – MYNEWSHUB
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Beg Plastik: Elizabeth Wong Jadi Kambing Hitam Azmin? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top