• Entri Terkini

    Friday, January 27, 2017

    BR1M AKAN DIAGIHKAN MULAI 18 FEB 2017 - NAJIB

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.

    “Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter dan Instagram mengenai BR1M.

    “Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu,” katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.

    Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. – BERNAMA


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BR1M AKAN DIAGIHKAN MULAI 18 FEB 2017 - NAJIB Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top