• Entri Terkini

    Saturday, January 28, 2017

    HARAP TAHUN AYAM BAWA TUAH KEPADA EKONOMI NEGARA – PM


    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tahun ayam sempena tahun Baru Cina kali ini membawa tuah kepada ekonomi negara.

    Beliau turut mengharapkan agar tahun baru turut menjadi penanda kepada anjakan usaha kerajaan bagi membela rakyat ke tahap yang lebih baik serta negara dapat terus kekal aman dan selamat.

    “Saya ingin ucapkan selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai kepada seluruh rakyat Malaysia berketurunan Cina, semoga tahun baru ni akan membawa lebih limpahan rezeki kepada negara kita dan juga rakyat Malaysia.

    “Semoga kita akan terus hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni, dan kita sentiasa berusaha kea rah memupuk perpaduan nasional.

    “Tahun ayam ini, harap ekonomi kita lebih baik dan segala usaha kerajaan untuk membela rakyat akan dapat kita pertingkatkan lagi dan semoga tahun ini bebas daripada sebarang ancaman terutama sekali dariu segi keselamatan negara,” katanya ringkas kepada media ketika majlis Rumah Terbuka tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

    Beliau hadri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut sama merayakan permulaan tahun baru bersama ahli majlis tertinggi parti bangsa Cina terbesar negara serta beberapa menteri kabinet yang turut hadir.

    Tahun Baru Cina 2017 menyaksikan peralihan daripada monyet berunsur api kepada ayam berunsur api, haiwan kesepuluh daripada seluruhan kitaran 12 haiwan zodiak dalam kalendar Cina. Ayam api dikatakan membawa sifat positif antaranya berani, ghairah, pandai, setia rajin, teliti dan kemas.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HARAP TAHUN AYAM BAWA TUAH KEPADA EKONOMI NEGARA – PM Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top