• Entri Terkini

    Sunday, January 15, 2017

    Hawar Daun Bakteria: RM3.7j Bantu Pesawah Selangor

    SUNGAI BESAR – Kerajaan menyalurkan dana tambahan RM3.7 juta bagi membantu pesawah di Barat Laut Selangor yang tanaman terjejas akibat serangan penyakit Hawar Daun Bakteria sejak dua bulan lepas.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata serangan penyakit tanaman padi itu telah merosakkan kira-kira 7,700 hektar sawah yang diusahakan 3,000 pesawah di kawasan berkenaan.

    Beliau berkata penyaluran dana itu adalah bagi membeli baja, racun serta benih padi dan akan diagihkan dalam masa terdekat memandangkan musim tanaman padi seterusnya dijangka April ini.

    “Sebagai rekod untuk tahun lepas, pesawah di daerah Barat Laut Selangor menerima bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM110 juta.

    “Tahun ini, kerajaan menambah bantuan RM3.7 juta lagi bagi meringankan beban pesawah,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan tanaman padi yang terjejas, di sini hari ini.

    Berikutan itu katanya, MARDI kini giat melakukan kajian bagi mengenalpasti punca penyakit berkenaan menyerang jenis tanaman terbabit.

    “Kajian itu juga akan mencari benih padi baharu yang tahan penyakit serta racun yang sesuai digunakan bagi membanteras dan memastikan serangan penyakit ini tidak berulang,” katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hawar Daun Bakteria: RM3.7j Bantu Pesawah Selangor Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top