• Entri Terkini

    Saturday, January 07, 2017

    Jangan Biarkan Media Sosial Menjarakkan Hubungan Ibubapa Dan Anak - Dr Khir

    Hari ini mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sekali lagi turun padang. Kali ini beliau merasmikan mesyuarat PIBG SK Seri Makmur Sungai Besar, Selangor.

    Pada majlis perasmian tersebut, Dr Khir dalam ucapannya berkata bahawa majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk para ibu bapa bertukar pandangan ke arah kebaikan sekolah.

    Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SK Seri Makmur kerana telah banyak mengaturkan pelbagai aktiviti di samping mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru

    Menurut beliau lagi, kejayaan anak bukan sahaja hasil sumbangan dari ibu bapa dan guru. Tapi ianya merupakan komitmen yg tinggi dari kedua2 pihak. Ibu bapa tidak boleh samakan cara pembelajaran mereka dengan anak-anak zaman sekarang. Hal ini kerana cara pembelajaran dan cabaran pada masa kini cukup besar tambahan lagi dengan zaman media sosial yg telah menjadi trend pada masa kini.

    Dr Khir juga turut menyatakan ibu bapa sepatutnya menjadi role model kepada anak-anak tidak kira di mana sahaja. Hal ini kerana, pembelajaran pertama bagi anak-anak adalah bermula daripada rumah.

    Tambah Dr Khir lagi media sosial dilihat menjadi pendinding kepada keluarga di mana rata-rata rakyat Malaysia menjadi taksub terhadapnya dan akan menjadi punca kepada institusi kekeluargaan dan menjadikan anak-anak terbiar dan kekurangan kasih sayang.

    Dr Khir turut menggesa agar membaca al-quran kerana al-quran merupakan panduan hidup umat Islam. Beliau percaya bahawa jika ibu bapa mengamalkan membaca al-quran, nescaya anak-anak akan lembut hati dan turut sama.

    Beliau juga menyarankan kepada ibu bapa membaca al-fatihah kepada anak-anak dan juga menyedekahkan kepada ibu bapa dan juga Nabi saw dan menasihati ibu bapa agar tidak mengherdik anak yang lemah kerana setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.

    Dr Khir menyatakan ibu bapa harus mengajar anak tentang saling menghormati. Ibu yang terasa hati terhadap anaknya nescaya kehidupan anaknya itu tidak akan aman. Dan memperingati jangan sekali-kali mempersekutukan ALLAH, jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa, berbuat baik sesama manusia dan jangan sombong jika hendak berjaya.

    Di majlis tersebut, Dr Khir turut mengumumkan sumbangan peribadi sebanyak RM3000 kepada PIBG Sk Seri Makmur bagi melancarkan program-program yang bakal dilaksanakan.




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Biarkan Media Sosial Menjarakkan Hubungan Ibubapa Dan Anak - Dr Khir Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top