• Entri Terkini

    Friday, January 13, 2017

    Ketua Menteri Sarawak: YB Rohani Ucap Tahniah Kepada 'Abang Jo'

    KENYATAAN MEDIA

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    UCAPAN TAHNIAH KEPADA YB DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN ABANG HAJI OPENG

    DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BAHARU

    Saya dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada

    YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

    Saya percaya dengan pengalaman, kredibiliti, dan komitmen yang dimiliki, merupakan kelebihan kepada beliau untuk meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Haji Adenan Bin Haji Satem dalam usaha membangun dan memajukan rakyat serta Negeri Sarawak secara keseluruhan.

    Saya dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberi sepenuh kerjasama kepada beliau terutama dalam isu – isu kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasaran Kementerian di Sarawak.


    YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

    13 JANUARI 2017
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ketua Menteri Sarawak: YB Rohani Ucap Tahniah Kepada 'Abang Jo' Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top