• Entri Terkini

    Sunday, January 08, 2017

    Persiapan Peristiharan Bagan Datuk Sebagai Daerah Ke-12

    Bagan Datuk yang akan diisytihar sebagai daerah baru oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah pada 9hb Januari 2017.

    Daerah baru ini akan dikenali dengan nama baru BAGAN DATUK yang sebelum ini dikenali dengan nama BAGAN DATOH.

    Pewartaan rasmi daerah pentadbiran Bagan Datoh yang ke-12 di Perak melalui Warta Kerajaan No.1570 pada 15 Jun lalu. Ia dibuat mengikut Sub Seksyen 11(A) Kanun Tanah Negara 1965 diumumkan secara langsung semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikawasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

    Daerah baru ini merangkumi empat mukim iaitu Bagan Datuk, Rungkup, Hutan Melintang dan Teluk Baharu melibatkan kawasan seluas 94,969,892 hektar. Jumlah penduduk seramai lebih kurang 53,886 orang dengan jumlah pecahan kaum Melayu seramai 29,087, Kaum Cina 11,809 orang dan Kaum India 12,590 orang dan lain-lain kaum berjumlah 400 orang.

    Pembangunan Bagan Datuk dalam RMK Ke-11.

    Bagan Datuk bakal mencapai kemajuan setanding dengan daerah lain apabila projek pembangunan bernilai RM685 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bakal dilaksanakan di daerah ke-12 di Perak itu.

    Projek-projek yang dirancang adalah pembinaan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bernilai RM110 juta dan naik taraf jalan dari Simpang Empat ke Bagan Datuk bernilai RM100 juta.

    Projek jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop bernilai RM350 juta juga akan dibina selain kompleks sukan berharga RM31 juta dan pembinaan Pusat GiatMara bernilai RM6.5 juta.

    Sebanyak 39 projek akan dilaksanakan di Bagan Datuk melalui peruntukan khas seperti pembinaan terminal jeti, water front, naik taraf jalan, pembinaan dewan serbaguna dan beberapa projek lain untuk kemudahan rakyat.

    Perisytiharan Bagan Datuk sebagai sebuah daerah pentadbiran baharu bertujuan membawa pembangunan seimbang, selaras de­ngan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Perak negeri maju

    Untuk memastikan pembangunan di daerah itu seiring dengan daerah lain, Bagan Datuk telah dima­sukkan di bawah Pihak Berkuasa Pelaksa­naan Koridor Utara (NCIA).

    Bagan Datuk turut dima­sukkan ke dalam Pelan Pemba­ngunan Wilayah Selatan bagi tujuan pembangunan sepanjang kawasan pantai sehingga ke Tanjung Malim.

    Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pulau Sembilan yang sebelum ini di bawah dae­rah Manjung kini diletakkan di bawah pentadbiran daerah Bagan Datuk ini kerana kedudukan gugusan pulau berkenaan yang le­bih dekat dengan Bagan Datoh berbanding Pulau Pangkor atau Lumut.

    Pulau Sembilan akan dipelihara untuk dijadikan tarikan pelancong dan memulihara ekosistemnya. Menjelang Tahun 2020, Daerah Bagan Datuk akan mengalami pembangunan yang pesat dengan kewujudan Perak Heavy Industrial Park, Hab Logistik dan Rungkup Waterfront City. Pertumbuhan tersebut akan menjadi realiti apabila Lebuhraya Pantai Barat siap pada tahun 2019 nanti.

    Gambar persiapan majlis peristiharan Daerah Bagan Datuk bertempat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh :-








    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Persiapan Peristiharan Bagan Datuk Sebagai Daerah Ke-12 Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top