• Entri Terkini

    Monday, January 23, 2017

    PM, TPM Ucap Takziah Kepada YB Budiman

    Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, atas pemergian ke rahmatullah bapanya pagi tadi.

    "Takziah YB @BudimanZohdi dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

    Mohd Zohdi Abdullah, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam kira-kira 11.37 pagi akibat kanser paru-paru.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada Budiman.

    "Al Fatihah. Salam takziah buat keluarga Allahyarham bapa YB Budiman. Semoga arwah bapa tercinta ditempatkan bersama hamba-NYA yang soleh," kata Ahmad Zahid dalam catatan akaun rasmi Twitter beliau.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PM, TPM Ucap Takziah Kepada YB Budiman Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top